SAYANGKAN UMNO ATAU SAYANGKAN PEMIMPIN YANG KORUP
Apakah kesudahan dengan UMNO? semakin hari semakin daif dengan berbagai isu-isu yang memalukan UMNO dan juga orang MELAYU, sehinggakan orang-orang UMNO sendiri malu untuk mengaku yang dirinya adalah ahli UMNO.
Bagi pandangan saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai Pemerhati Politik., tiada ubat lagi bagi UMNO untuk selamatkan UMNO melainkan menggugurkan kesemua kepimpinan yang bermasalah terutama sekali di peringkat atasan.
Yang melemahkan UMNO adalah pemimpin UMNO sendiri.., Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada UMNO, kerana pemimpin-pemimpin UMNO terlalu banyak terlibat dengan penyalah gunaan KUASA, penyalah gunaan DUIT RAKYAT, dan banyak lagi, bahkan ada juga yang terlibat dengan kes yang amat memalukan iaitu kes "pembunuhan altantuya" walau pun sehingga kini pihak tertentu masih lagi cuba untuk menidak kan pembabitannya...YANG PASTI RAKYAT TAK SEBODOH YANG PEMIMPIN FIKIRKAN, dari itu lah, ramai ahli-ahli UMNO berpaling tadah.
Bak kata pepatah 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ketanah jua'
Justeru itu, kita tunggu dan lihat sahaja, sampai bila pemimpin tersebut boleh bertahan.!!!
Kita juga harus sedar dan percaya dengan kuasa ALLAH swt, yang mana akhir-akhir ini banyak perkara yang tidak di ingini melanda UMNO, ini menunjukkan yang bahawasanya tanda-tanda pembalasan daripada Allah swt kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang KORUP dan tak bermaruah..
Saya percaya pada kekuasaan Allah swt, dan mendoakan agar Allah swt dapat memberi petunjuk kepada rakyat untuk bertindak bagi tidak memberi sokongan kepada "PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG KORUP" dan sekaligus melaknatinya, insyallah.
Jika sekiranya UMNO masih mengekalkan pucuk kepimpinan yang sedia ada (yang KORUP), yang pasti UMNO akan berkubur dan amat sukar bagi UMNO untuk bangkit dan gah seperti sediakala.
Disini juga saya ingin menyatakan yang bahawasanya, tidak kesemua pemimpin UMNO KORUP akan tetapi boleh di katakan hampir majoritinya korup.
Tanya diri sendiri..., anda sayangkan UMNO atau anda masih ingin mempertahankan kepimpinan yang KORUP yang boleh menghancurkan UMNO bahkan bangsa MELAYU.
Jangan lah jadi 'PAK TURUT'!!!
'PLEASE THINK FOR THE NATION AND NOT FOR THE SPECIFIC LEADER'S'
MELAYUMALAYA
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home